Tuesday 27 November 2012

Laman Utama

Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T, kerana diberi kesempatan untuk merakamkan sepatah dua kata dalam Blog Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu KSSR Tahun 1.
Blog ini mengandungi contoh pengajaran Bahasa Melayu yang bertanggungjawab membina modal insan yang berkualiti dalam erti kata lain dapat melahirkan pelajar yang mantap pencapaian akademik , memiliki nilai dan akhlak yang baik , serta pemikiran yang cerdas dan fizikal yang cergas.
Semua rakan - rakan guru di seluruh Malaysia yang ingin berkongsi teknik pengajaran dan pembelajaran di alukan berkongsi di blog ini dan memberikan komen yang dapat membantu membina dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di Malaysia .

No comments:

Post a Comment