Tuesday 27 November 2012

Laman Utama

Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T, kerana diberi kesempatan untuk merakamkan sepatah dua kata dalam Blog Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu KSSR Tahun 1.
Blog ini mengandungi contoh pengajaran Bahasa Melayu yang bertanggungjawab membina modal insan yang berkualiti dalam erti kata lain dapat melahirkan pelajar yang mantap pencapaian akademik , memiliki nilai dan akhlak yang baik , serta pemikiran yang cerdas dan fizikal yang cergas.
Semua rakan - rakan guru di seluruh Malaysia yang ingin berkongsi teknik pengajaran dan pembelajaran di alukan berkongsi di blog ini dan memberikan komen yang dapat membantu membina dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di Malaysia .

Pengenalan (video) Lagu Buah - buahan



credit-youtube

Koleksi Gambar

Contoh gambar buah - buahan tempatan 

 
  



credit - google

Ayat Bacaan

1.   
 
Ini durian.Durian ada duri yang tajam.
2.
 
Ini mangga.Rasa mangga manis.
3.
 
Ini langsat. Rasa langsat masam. 
4.
 
Ini rambutan.Kulit rambutan berwarna merah.

Sistem Bahasa : Kata Adjektif

 
1. kulit pisang bewarna ..........................

 
2.Rasa mangga muda ........................ 

 
3.Duri buah durian .......................... 

 
4.Bentuk buah tembikai  ...........................

Penulisan

1.
 
Ini buah ciku .
 
 2.
 
  
Ini buah rambutan . 
 
3.
 
  
Ini buah mangga.  
 
4.
 
  

Ini buah tembikai.

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Tahun satu
Tema : Mari Bertani 
Tajuk : Buah - buahan Tempatan 

Standard kandungan :   Fokus utama
1.2 . mendengar , mengecam dan menyebut bahasa iaitu abjad ,         suku kata , perkataan dan ayat dengan betul .

 Fokus sampingan
3.3 . membina dan menulis perkataan , frasa dan ayat dengan
        betul . 

Objektif : Pada akhir pengajaran , murid dapat :- 
  1. Menyebut dan mengeja perkataan dengan betul . 
  2. Membina dan menulis ayat tunggal .     
Pengisian kurikulum : 1.Ilmu sains  
                                       2.Nilai murni - bersyukur , bekerjasama 
                                          berani .  
Elemen merentas kurikulum : Menjana idea 
Sistem bahasa : Kata adjektif 
Media : Video , gambar dan lembaran kerja 

Strategi P&P :




Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set induksi
-mengenal lagu
-bersoal jawab
1.Guru memainkan video (lagu buah- buahan)
2.Murid menyatakan isi kandungan lagu.
Bahan – video
KB – mentaksir
Nilai – mendengar dengan teliti
Langkah 1
-menyebut
-mengeja
1.Guru menunjukkan gambar – gambar buah – buahan
2.Murid menyebut nama buah – buahan
3.Guru membimbing murid mengeja nama buah – buahan .
Bahan – gambar
KB – menjana idea
Langkah 2
-mengeja
-menulis perkataan
1.Murid mengeja nama buah yang guru tunjuk .
2.Murid menulis nama buah – buahan .
Bahan – gambar
KB – mengecam
Nilai - berani
Langkah 3
-membaca
1.Guru membimbing murid membaca ayat pendek .
Bahan – gambar , kad ayat.
Langkah 4
-membina ayat
1.Murid menulis ayat berpandukan gambar .
Bahan – lembaran kerja
KB – menjana idea
Penutup
-rumusan
1.Guru merumuskan isi pelajaran .
2.Guru memberi pujian kepada murid kerana menyiapkan kerja .
Nilai – Bersyukur .